Tindakan Tiong Patut Dicontohi


KELUAR parti memang sudah biasa dalam kancah politik dan keadaan ini menyebabkan berlaku permusuhan antara ahli politik yang keluar dengan parti yang pernah disertai.

Mungkin tidak ramai di kalangan ahli yang keluar diterima balik dalam parti yang pernah ditinggal.

Berbeza dengan tindakan Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing yang membuka ruang kepada ahli parti mesra Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan Partii Rakyat Bersatu (UPP) yang dipimpinannya.

Lebih memeranjatkan lagi, Tiong ternyata mengamalkan politik matang demi BN dengan membuka ruang kepada bekas presiden SPDP Tan Sri William Mawan dan penyokongnya untuk kembali bersama parti tersebut.

Perkara seperti ini amat jarang berlaku sekiranya melibatkan ahli parti pembangkang.

Dengan tindakan yang diambil Tiong ini, secara tidak langsung akan menguatkan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.

Mawan menyatakan tawaran Tiong itu amat menarik dan menunggu masa sesuai untuk membuat keputusan.-Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA