Tiga Sahabat Nyaris Maut Di Sri Aman


SRI AMAN: Tiga sahabat nyaris maut setelah kereta yang dinaiki hilang kawalan di Kilometer 22 Wong Padong Undop di sini pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam  7 pagi tadi kereta Perodua Myvi milik lelaki berusia 28 tahun terjunam kedalam sungai Batang Undop selepas melanggar penghadang jalan.

Mangsa bersama dua lagi rakannya masing-masing berusia 26 dan 25 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan keluar daripada kereta tersebut.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sri Aman dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

"Setibanya anggota dilokasi mendapati satu kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi terjunam kedalam sungai", katanya.

Kesemua mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.-Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA