Tiga Penjenayah Tumpas


SEREMBAN: Tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Mambau, dekat Sendayan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, tiga lelaki terbabit dipercayai melarikan diri ketika dikejar sepasukan polis dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

Sumber berkata, polis terpaksa membalas tembakan dan mengenai ketiga-tiga suspek.

"Mereka adalah penjenayah yang paling dikehendaki kerana terbabit dalam beberapa kes jenayah berat di sekitar negeri ini. Mayat mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abi Bakar menerusi akaun Twitternya mengucapkan syabas kepada Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan kerana menumpaskan tiga penjenayah itu.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA