Tidur Lewat Punca Penyakit


TIDUR adalah salah satu keperluan hidup bagi setiap manusia.

Fungsi tidur adalah lebih penting daripada makanan kerana kita mampu hidup sehingga 40 hari tanpa makanan tetapi hanya 11 hari tanpa tidur.

Kebanyakan daripada mereka yang sering tidur lewat adalah mahasiswa universiti, remaja dan tidak ketinggalan juga golongan pekerja.

Mereka seharusnya sedar bahawa tidur memainkan peranan dalam melancarkan peredaran darah dan memperbaiki sel-sel badan.

Pada waktu inilah minda dan badan mereka berehat setelah seharian penat belajar atau bekerja.

Mereka yang kurang tidur dengan sendirinya akan mengalami masalah kesihatan bahkan jika masalah ini dibiarkan berterusan boleh membawa kepada penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok, kencing manis, obesiti dan banyak lagi.

Oleh itu, dapatkan tidur secukupnya untuk mengelakkan diri daripada mengalami masalah kesihatan.-Utusan Malaysia

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA