Tidak Mengaku Bunuh Anak Perempuan

Foto Harian Metro
SUNGAI PETANI: Seorang wanita menukar pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini,hari ini atas tuduhan membunuh secara tidak sengaja anak perempuannya berusia dua tahun, Ogos lalu.

Tertuduh Aida Amira Harun, 22, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim M Vijayalakshmi dan meminta untuk dibicara.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang dengan menyebabkan kematian Ainul Solehah Mohd Husamuddin.

Kesalahan didakwa dilakukan di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani antara 9.10 malam hingga 9.40 malam pada 10 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Izza Munirah Mansor manakala tertuduh diwakili peguam bela Badri Hanif.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan serahan dokumen.

Sebelum ini pada 22 Ogos lalu tertuduh mengaku salah di Mahkamah Sesyen sama atas pertuduhan itu.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA