Tidak Gunakan Perkatan 'Yunk', Peniaga Online Disekolahkan


MEMANG dah lumrah kan, bila berurusan dengan pihak lain, kita akan berdepan dengan pelbagai karenah dan perangai yang kadang-kadang tak tercapai dek akal langsung.

Lebih-lebih lagi jika kita menguruskan perniagaan atas talian.

Ada pelanggan yang memang ingin membeli dan cuba mencari peniaga yang menawarkan harga terbaik. Jadi memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan hati kena kental.

Bagaimanapun ada juga ‘pelanggan’ yang hadir semata-mata mahu cari pasal dengan memperbesarkan perkara yang kecil. Mungkin niat sebenar mereka hanyalah untuk menjatuhkan perniagaan anda.


Melalui perkongsian laman sosial pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Suhaila telah memuat naik perbualannya menggunakan aplikasi WhatsApp bersama pelanggan yang tidak dikenali.

Dalam perbualan tersebut Suhaila secara tiba-tiba dimarahi pelanggan kerana menggunakan panggilan ‘saya awak’ yang dikatakan tidak beradap.

Menurut pelanggan tersebut, Suhaila seharusnya menggunakan bahasa yang sering digunakan penjual atas talian yang lain seperti ‘sis, dear atau yunk’.


Haihh lah manusia, benda macam ni pun nak dijadikan isu.. Bukannya penjual tu menggunakan perkataan yang kasar atau menghina pun.

Bersungguh marah, sampai nak suruh Cikgu Suhaila berhenti berniaga. Macam-macam ragam pelanggan, nak jadi peniaga kenalah sentiasa bersabar. – MYNEWSHUB.CC

1 comment:

  1. Bisnespun nak guna bahasa biznes pula kalau dah pandah sgt golong ajar bagaimana bhasa bodoh..,pandai bahasa biznes konon....

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA