Tiada Temuduga Konstabel November


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan akan mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan konstabel pada November ini seperti yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datin Asmawati Ahmad, berkata maklumat yang tersebar itu adalah tidak benar dan PDRM tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman seperti yang didakwa.

"Pengumuman rasmi mengenai pengambilan mana-mana jawatan dalam PDRM hanya akan dibuat melalui portal rasmi PDRM www.rmp.gov.m dan Facebook rasmi pasukan di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.

"Bagi semua warga Malaysia yang ingin memohon jawatan dalam PDRM boleh membuat permohonan di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di www.spa.gov.my," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asmawati berkata, sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada unit pengambilan Bukit Aman di talian 03-22668348/8350.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA