Tiada Liputan Meluas Media Tempatan Berkenaan Suara Malaysia Di Peingkat Antarabangsa


KUALA LUMPUR : Kelantangan suara Malaysia di peringkat antarabangsa tidak mendapat liputan media tempatan secara menyeluruh menyebabkan ketokohan pemimpin diperlekehkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, kelantangan suara Menteri Luar Datuk Anifah Aman tidak mendapat liputan di dalam negara berbanding liputan negara luar.

"Apa yang dilontarkan oleh negara kita diluar seolah-olah satu perkara yang biasa di dalam negara sedangkan negara luar melihat Malaysia sebagai contoh sebagai moderasi Islam.

"Sebabnya kita berada dalam tempurong pemikiran yang kecil dan kepompong ini menyebabkan kita tidak dapat merasa penghargaan sebab kita sebenarnya memperkecilkan kemampuan kita sendiri," katanya dalam program temubual khas bersama TPM di TV1 sebentar tadi.

Hakikatnya Malaysia sudah berada di hadapan dalam menangani isu luar seperti menyertai pasukan pengaman, perubatan dan sebagainya. Penglibatan Malaysia dalam isu hak asasi, pelarian dan sebagainya begitu meluas liputan di negara luar tetapi tidak di negara sendiri.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA