Tiada Beza Mahathir Dan Hitler


Sejarah peradaban dunia tidak akan melupakan nama Adolf Hitler, seorang pemerintah Jerman yang hampir berjaya menakluk sebahagian besar bumi Eropah dan beberapa negara di Afrika.

Sehingga hari ini, nama Hitler dan parti Nazi yang diasaskannya menjadi `trauma' bagi sebilangan besar warga Eropah dan Jerman khususnya.

Kejayaan Hitler mencipta fenomena ketakutan di seluruh Eropah sebenarnya cuba ditiru oleh banyak pemimpin Asia. Bagi mereka, formula pemerintahan berasaskan satu hala atau ketakutan terhadap pemimpin, merupakan idealogi bijak ciptaan Hitler sehingga membolehkan mereka mentadbir sesebuah negara lebih dua dekad.

Lihat sahaja Presiden Suharto yang memerintah Indonesia selama 31 tahun. Tidak kurang hebatnya, Saddam Hussein yang memerintah Iraq selama 24 tahun, Muammar Gadafi yang menerajui Libya selama 34 tahun dan Hosni Mubarak yang mentadbir Mesir selama 30 tahun.

Kesemua mereka mentadbir negara masing-masing dengan menggunakan sistem di mana pesaing dan rakyat takut untuk menentang mereka. Di negara kita pula, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kurang hebatnya. Beliau mentadbir negara selama 22 tahun tanpa mampu dicabar oleh sesiapa pun.

Jika ada yang mempersoalkan kenapa perlu membandingkan Tun Mahathir dengan Suharto, Saddam Hussien, Muammar Gadafi dan Hosni Mubarak, jawapannya mudah. Sepanjang memerintah Malaysia, beliau menutup mulut pesaing politiknya menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ia turut diakui oleh pembangkang suatu masa lalu, sebelum mereka berbaik dengannya.

Bukan sedikit mereka yang pernah disumbatkan ke dalam ISA sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Malah, semua keputusan yang beliau buat sepanjang menjadi Perdana Menteri, tiada siapa berani membantah. Jika ada yang berani menongkah arus, bersiap sedialah menghuni penjara tahanan ISA di Kemunting, Perak atau setidak-tidaknya dilucutkan jawatan dalam keadaan terhina.

Rakyat pula sentiasa didokrinkan dengan pentadbiran bersih, cekap dan amanah di mana sebarang kritikan menerusi media, tunjuk perasaan dan banyak lagi, adalah diharamkan di Malaysia.

Inilah yang dilakukan oleh Hitler sepanjang menguasai sebahagian besar Eropah bersama-sama rakan sekutunya, Benito Mussolini. Sebarang penentangan terhadap pentadbiran diktator mereka, bakal berakhir di penjara atau di muncung-muncung senapang algojo.

Sepanjang pemerintahan Hitler juga, rakyat di bawah kekuasaan Nazi sentiasa didokrinkan dengan ayat, Eropah akan lebih makmur di bawah Nazi tanpa boleh mengadakan sebarang kecaman mahupun pemberontakan. Tidakkah sistem dan cara pentadbiran ini sama dengan apa yang diamalkan oleh Tun Mahathir?

Jika ada yang mengatakan Tun Mahathir berjasa kerana membina KLCC, Litar Antarabangsa Sepang, Lebuh raya PLUS dan membangunkan ekonomi negara, Hitler dan Nazi juga berjaya membina kelengkapan perang paling canggih di dunia, membangunkan ekonomi Jerman setanding dengan Great Britain dan Amerika serta mampu memberi makan percuma buat golongan gelandangan di Munich dan Berlin.

Untuk meletakkan pentadbiran negara sama seperti apa yang diamalkan oleh Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Jerman era Nazi, adalah suatu perkara yang cukup dangkal tapi idealogi Nazi yang `diamalkan' Tun Mahathir membolehkannya mempertahankan jawatan selama 22 tahun.


-BERUANG BIRU-

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA