Terumbu Patricia Musnah Angkara Nelayan Asing


BINTULU: Kawasan batu karang di dasar Beting Nyabau, yang pernah menarik perhatian penggambaran National Geographic diancam kemusnahan akibat pencerobohan bot pukat tunda, terutama nelayan asing.

Kawasan perairan itu yang dinamakan 'Patricia' terletak kira-kira 18 batu nautika dari persisir Taman Negara Similajau di sini, juga menjadi tumpuan penyelam tempatan dan professional.

Malah, penggambaran National Geographic itu kerana struktur batu karang di situ yang unik dan tidak ada di lokasi lain di dunia.

Eksekutif Alam Sekitar dan Marin, Sarawak Forestry Corporation (SFC), Toloy Keripin Musang, berkata kegiatan pukat tunda serta pencerobohan nelayan asing adalah antara ancaman utama kepada kerosakan ekosistem itu.

Pembersihan 'Patricia'
"Sejak lima tahun lalu, kita sudah melakukan pelbagai program untuk memastikan terumbu karang berkenaan terpelihara," katanya.

Beliau berkata, setiap tahun SFC dengan kerjasama LNG (MNLG) menganjurkan program pembersihan 'Patricia' daripada sisa pukat yang tersangkut pada terumbu karang di situ.

Katanya, terumbu karang di situ adalah beting utama bagi pembiakan penyu hijau yang kerap bertelur di kawasan 'pasir emas' di Taman Negara Similajau.

Ketua Operasi Projek Pembersihan Terumbu karang Patricia, Christopher Kri, pula endedahkan ancaman pukat tunda, terutama oleh bot nelayan asing menjejaskan pertumbuhan batu karang di kawasan itu.

"Agak menyedihkan melihat banyak sisa ppukat tunda yang tersangkut pada Terumbu Karang Patricia, mallah kelihatan juga bangkai hidupan laut yang tersangkut pada pukat itu.

"Justeru, sisa ini perlu dibersihkan agar tidak mengganggu proses tumbesaran batu karang berkenaan, sekali gus memulihara khazanak laut di sini. Keseluruhannya, kami membershkan lebih 100 kilogram sisa pukat tunda sepanjang operasi ini," katanya.

"Walaupun 'Patricia' kurang popular di kalangan kaki selam kerana kurang publisiti, keunikannya diperakui jurugambar professional dan saintis marin. Justeru, kami bertekad untuk melindungi kawasan terumbu karang ini dari dimusnahkan, terutama oleh kegiatan nellayan pukat tunda.

"Keseluruhannya, kami sudah menempatkan lebih 500 tukun tiruan di sekitar kawasan terumbu karang itu sebagai usaha pemuliharaannya, selain meningkatkan populasi hidupan marin di situ," katanya

Penyelam professional, Victor Tang, 35, yang berasal dari Singapura, berkata kawasan berkenaan jauh ebih indah berbanding Sipadan, Sabah.

"Ini kali pertama saya menyelam di sini dan boleh dikatakan saya 'jatuh cinta pandang pertama'. Sipada cukup dikenali dalam kalangan penyelam dari seluruh dunia, namun 'Patricia' mempunyai keunikan tersendiri," katanya. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA