Terima Kasih Pengundi - Penguang Manggil



MARUDI : Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil mengucapkan perhargaan terima kasih kepada Tuai Rumah Dorista Jambo dan tuai rumah lain di Tinjar dan Beluru kerana memberi sokongan kepada beliau sebagai wakil rakyat di DUN Marudi pada pilihanraya negeri (PRN) yang lepas.

Beliau berkata bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan rakyat memandangkan parti pembangkang sering menimbulkan propaganda terlebih awal.

"Saya akan mengagihkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) tanpa mengira kaum.

"Ini adalah projek peruntukkan daripada kerajaan, maka saya akan mengagihkannya mengikut keperluan rumah panjang," katanya pada Majlis meraikan kemenangan beliau pada PRN yang lalu, di Rumah Panjang Dorista Jambo, pada Ahad.

Justeru, Penguang berharap kepada sesiapa yang menentang beliau pada PRN lalu supaya kembalilah ke pangkuan Barisan Nasional (BN) agar pembangkang tidak mudah mempergunakan mereka lagi.

"Jika terdapat masalah atau kekeliruan, datanglah berjumpa saya dan kemukakan masalah secara profesional.

"Gunalah platform yang sedia ada agar kita bersama-sama membangunkan rakyat selagi BN masih memerintah kerajaan." ujarnya.

Pada majlis tersebut, Datu Dr.Penguang bersetuju menyerahkan geran MRP dari kerajaan sebanyak RM100,000 kepada Rumah Henry Gomes, RM100,000 Rumah Kompeni Agon, RM50,000 Rumah John Merikan, RM65,000 Rumah Kalong Goh, RM50,000 Rumah Ruwang Tang, RM40,000 Rumah Jana Rayong, RM50,000 Rumah Douglas Bungan, RM20,000 Rumah Sara Angul sereta RM30,000 Rumah Dorista Jambo.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA