Terapi Elak Rasa Takut Mati Muncul Di Russia


MOSCOW – RUSIA . Bagi mengatasi perasaan takut terhadap kematian, satu terapi pelik muncul di Rusia dimana mereka akan mengali kubur sendiri sebelum ditanam hidup-hidup, lapor Mirror.uk.

Terapi baharu yang meragukan telah muncul di Rusia yang menggunakan cara ekstrem dengan menimbus manusia hidup-hidup untuk mengubati rasa takut kepada maut.

Beberapa penduduk di Moscow dilaporkan beratur untuk mencuba rawatan dukun dengan peserta mengali kubur mereka sendiri dan berbaring di keranda untuk tempoh masa yang tidak ditentukan.

Pengasas rawatan yang menakutkan itu, Sergey Volkov memberitahu media Rusia, perasaan mengalami perasaan berada enam kaki di bawah dapat membantu mengatasi claustrophiobia.

Bagaimanapun beberapa orang menyatakan kebimbangan tentang trend baru yang aneh itu dan membuat laporan polis.

Sementara itu, seorang wanita yang menggunakan perkhidmatan tersebut berkata, dia terkejut selepas mendapati apabila mendapati Volkov bukanlah seorang doktor atau profesional berlesen, dan kaedahnya itu adalah semata-mata amatur.

Malah wanita itu turut mengadu, gambar prosedur rawatan turut didedahkan kepada umum dan melanggar undang-undang kerahsiaan pesakit.-tv14

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA