Tentera Syria tawan kembali daerah Aleppo


DAMSYIK: Tentera Syria menawan sebuah daerah yang dikuasai pemberontak di tengah Aleppo pada Selasa beberapa hari selepas melancarkan serangan udara hingga mengorbankan puluhan penduduk dan mencetuskan dakwaan jenayah perang.

Dalam serangan terdahulu selepas mengumumkan rancangan menawan semula semua bandar yang terpisah minggu lalu, tentera pro-kerajaan menguasai semula daerah Farafira di barat laut kubu bersejarah Aleppo, kata sumber tentera kepada AFP.

Kemaraan itu disusuli serangan udara Syria dan Russia di kawasan kejiranan yang dikuasai pemberontak di Aleppo. Ia dianggap serangan bom terburuk sepanjang konflik lima tahun, selepas perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Moscow dan Washington dicabuli minggu lalu.

Pemerhati hak asasi manusia Syria berkata, sekurang-kurangnya 23 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak terbunuh dalam serangan semalam dekat kejiranan Al-Shaar dan Al Mashdad. Sejak perang tercetus pada Mac 2011, dianggarkan lebih 300,000 nyawa terkorban. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA