Tanam Ganja Dalam Pasu

Foto Harian Metro
KUALA LUMPUR: Pelakon drama bersama dua rakan yang ditahan kerana disyaki menanam dan memiliki ganja serta senjata api direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Ketiga- tiga yang ditahan didapati positif dadah dan seorang daripada mereka warga Filipina yang bekerja di negara ini.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua suspek yang ditahan berusia 29 hingga 36 tahun.

"Serbuan dilakukan di sebuah rumah milik individu bergelar Datuk yang juga bapa kepada salah seorang daripada suspek.

"Polis juga sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan pelbagai senjata di rumah berkenaan," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pelakon drama ditahan di sebuah rumah di Jalan Ampang bersama dua lagi rakan sebelum pemeriksaan dilakukan menemui beberapa pokok yang ditanam dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca yang disyaki ganja serta satu bekas pengisar mengandungi dedaun kering disyaki daun ganja.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA