Taiwan bersiap sedia hadapi Taufan Megi hari ini


TAIPEI: Perkhidmatan pengangkutan udara dan juga keretapi di Taiwan hari ini terjejas berikutan kedatangan tgelombang taufan ketiga pada bulan ini, sementara kebanyakan bandar mengumumkan penutupan pejabat dan sekolah, lapor Reuters.

Pasaran kewangan di pulau itu juga akan ditutup, kata penggubal dasar kewangan.

Taufan Megi dijangka melanda pesisiran timur pulau tersebut pada petang Selasa.

"Selain membawa hujan lebat, taufan ini juga membawa tiupan angin kencang," ujar pegawai Biro Cuaca Pusat, Hsieh Ming-chang, dalam siaran televisyen.

Perkhidmatan keretapi laju di Taiwan turut mengehentikan sementara operasinya pada Selasa, sementara salah satu daripada syarikat penerbangan utama, EVA Airways Corp, telah membatalkan atau menjadual semula beberapa penerbangan antarabangsa.

Awal bulan ini Taufan Meranti telah mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang di China dan Taiwan serta memutuskan bekalan kuasa di lebih daripada sejuta kediaman.
Taufan adalah bencana alam yang lazim di rantau tersebut sekitar musim ini. Kekuatannya terbina setiap kali taufan itu merentasi perairan Pasifik yang panas, seterusnya membawa hujan lebat dan angin kencang.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA