Tahan PATI, Rampas Peluru, Pedang

Foto Harian Metro
KOTA KINABALU: Polis Sabah merampas 30 butir peluru, tiga kelopak peluru M16 dan pedang dengan tertangkapnya dua pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di rumah berhampiran Kampung Mangkalinau Batu Tiga, Sandakan, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, dalam serbuan 1.30 pagi itu, sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan melakukan serbuan di lokasi berkenaan

Beliau berkata, pihaknya menahan seorang lelaki dan anak perempuannya yang juga warga Filipina.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas dua suspek yang masing-masing berusia 33 dan 13 tahun itu, polis menemukan tiga kelopak peluru dan 30 butir peluru senjata M16 selain merampas pedang sepanjang 65 sentimeter di dalam rumah berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA