SUPP Yakin Tawan Balik Sibu Dan Lanang


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) melahirkan keyakinan untuk menawan balik kerusi Parlimen Sibu dan Lanang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selepas kerajaan persekutuan berjanji memberi peruntukan RM100 juta untuk fasa tiga Rancangan Tebatan Banjir Sibu bermula dari Jalan Ek Dee ke Dataran Bandar Sibu.

Memetik laporan Utusan Borneo, presidennya, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, projek itu akan memberi kelebihan kepada SUPP untuk memenangi kedua-dua kersi parlimen terbabit.

"Kita semua harus bekerja keras untuk memenangi kedua-dua kerusi," katanya.

Menurutnya, penyokong SUPP perlu terus bekerja keras untuk memastikan SUPP boleh memenangi kedua-dua kerusi parlimen berkenaan.

Beliau yang meramalkan PRU bakal diadakan tahun depan mahu semua ahli untuk mengumpul sumber dan tenaga kerja untuk bersedia menghadapi pilihan raya.

Dr Sim berharap masyarakat Cina meletakkan kepercayaan mereka kepada SUPP dan terus menyokong parti.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA