Sukan Paralimpik Rio : Hari Paling Bersejarah Untuk Malaysia - PM



PETALING JAYA: Hari ini merupakan hari bersejarah buat Malaysia dengan kemenangan dua pingat emas oleh atlet negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Hari paling bersejarah buat Malaysia. Negaraku berkumandang buat pertama kali di bumi Rio!

"Kita bawa pulang bukan satu, tetapi dua pingat emas! Syabas Ridzuan Puzi dan Ziyad Zolkefli yang turut catat rekod dunia. Seluruh negara berbangga dengan pencapaian anda berdua," kata Najib di Facebook pada Ahad.

Pingat emas pertama dimenangi Mohamad Ridzuan dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dan pingat emas kedua diraih Muhammad Ziyad dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran)- Mstar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA