Suami Wanita Mengandung Turut Dijangkiti Zika



PUTRAJAYA - Suami wanita mengandung yang dijangkiti virus Zika baru-baru ini, disahkan turut dijangkiti virus itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun itu dari Taman Desa Harmoni, Johor Bahru, hanya mengalami gejala ruam pada 2 Sept lepas dan disahkan sebagai mangsa keempat yang positif Zika di negara ini, selepas menjalani ujian makmal.

"Pesakit itu dimasukkan ke wad di sebuah hospital kerajaan di Johor untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 7 Sept lepas, isteri lelaki itu yang sedang mengandung tiga atau empat bulan, disahkan positif Zika selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Johor apabila mengalami gejala ruam, sakit badan dan demam.- SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA