Standard Pra Sekolah Perlu Dipertingkat


KUCHING: Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri ke 11 akan diadakan pada 23 hingga 25 September bertempat di Hotel Kingwood Sibu anjuran Majlis Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPAKS).

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah memuji penganjuran konvensyen tersebut dan menyifatkan ia sebagai usaha konkrit profesionalisme guru terutama dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Dengan bertemakan 'Semua Kanak-Kanak Boleh Berbahasa Inggeris menurunya, ia amat bertepatan dengan penekanan kerajaan negeri yang memberi penekanan kepada bahasa inggeris,

“Lebih ramai guru akan menyertai konvensyen kali ini. Biasanya kita mensasarkan sekitar 300 hingga ke 400 peserta, tetapi kali ini sudah mencecah 580 peserta dan ia merupakan penyertaan terbesar,” katanya pada sidang media mengenai Konvesyen Prasekolah di sini hari ini.

Menurutnya lagi, berkomunukasi dalam bahasa inggeris merupakan faktor mendorong kehadiran pelabur dan pelajar negara lain untuk datang ke negeri Sarawak bagi melanjutkan pelajaran.

“Dalam konvensyen kali ini satu lagi perkara baru yang akan kita tampilkan iaitu kita akan menamakan sekolah yang mencapai tahap penanda aras kualiti yang baru dilaksanakan pada tahun ini dibawah MPAKS,” ujarnya.

Tambahnya, jika sekolah itu berkualiti, tentu sekali anak-anak yang dilahirkan berkualiti dimana pernilaian di buat dan sebanyak tujuh buah sekolah  disenarai pendek.

“Kita akan memaklumkan yang terbaik daripada tujuh buah sekolah ini yang mewakili tadika kerajaan dan swastapada pada 24 September ini dan pemenang akan menerima wang tunai RM4000.

“Kita mahu pra sekolah yang lain melawat sekolah-sekolah yang kita senarai pendek ini kerana kita mendapati pra sekolah ini menepati standard yang ditetapkan. Jadi kita mahu banyak lagi pra sekolah lain mencapai standard sama,” tambahnya.

Pra sekolah tersebu merangkumi Pra sekolah SK Paon Temaga Lundu, Tabika Kemas Taman Sepakat Jaya,Tabika Perpaduaan, Tadika Rhema Tabuan Jaya, Tadika Yayasanku Sayang, Tadika Sri Keria dan Tadika SeDidik Kampung Igan.

Beliau berharap agar guru berani untuk bertutur dalam bahasa Inggeris agar anak- anak dapat menguasai berkenaan dan banyak lagi sekolah lain di negeri Sarawak akan mencapai tahap yang sama. – Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA