Siapa Kuat Mengampu Akan Lebih Mendapat Peluang Dalam DAP

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen memang terkenal dengan hujah atau ucapan 'Anti Korup'. Malah dalam ucapan beliau sering mengaitkan pihak Barisan Nasional dengan rasuah.

Ketika berucap di pentas, DAP seolah bersih dari segala-galanya termasuk isu rasuah. Peluang seperti itu Chong terus melemparkan kepada BN dengan rasuah.

Tetapi apabila isu rasuah mula bergelumang dalam DAP, Chong hilang suara untuk mempersoal kepimpinan DAP sendiri. Di pentas beliau mengalih kepada isu lain dan terus menghentam BN.

Chong seharusnya tidak bersifat 'double standard' jika beliau benar-benar ingin menghapuskan rasuah. Jika pihak BN, beliau akan terus memburuk-burukkan BN tetapi pihak DAP, beliau terus membisu.

Malangnya kini isu rasuah berlaku dalam DAP sendiri. Chong langsung tidak berani mempersoal isu tersebut kepada Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng.

Benar seperti apa yang dikatakan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Yap Hoi Liong yang meletak jawatan dari DAP tempoh hari menyatakan bahawa beliau pernah berfikir yang beliau tidak mempunyai kemampuan untuk mengampu, maka beliau disisih dan disingkir.

Jadi benarlah sekiranya Chong pada hakikatnya bijak mengampu, maka beliau lebih mendapat peluang dalam DAP walaupun terpaksa berdiam diri mempersoal isu rasuah dalam DAP sendiri ?. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA