Seoul Dedah Rancangan Bunuh Kim Jong Un



SEOUL: Menteri pertahanan Korea Selatan mendedahkan, negaranya tidak teragak-agak menggerakkan tentera elit mereka untuk membunuh pemimpin utara, Kim Jong Un jika merasa terancam dengan senjata nuklear negara musuh itu.

Han Min-koo pada sidang parlimen minggu lalu berkata, negaranya akan bertindak sekiranya utara menunjukkan ancaman jelas kepada selatan, lapor Korea Times.

"Ya kami memang mempunyai rancangan sedemikian," kata Min-koo ketika menjawab soalan di Parlimen Rabu lalu.

Menurut Han langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan Hukuman dan Tindak Balas Besar-besaran Korea (KMPR), tindakan ketenteraan yang diumumkan selepas Korea Utara menjalankan ujian nuklear kelima pada 9 September lalu, yang melanggar sekatan antarabangsa.

Min-koo dilapor berkata demikian ketika ditanya ahli parlimen Kim Sung Chan daripada Parti Saenuri mengenai rancangan pembunuhan itu. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA