• Seorang Maut, Pertembungan Van-Myvi

    Published: Thursday, 15 September 2016
    A- A+

    KUCHING: Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Matang (dari Taman Matang Jaya ke Taman Kopodims) sekitar jam 7 malam tadi.

    Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Herman Peter berusia 30 tahun.

    Menurut jurucakap bomba, kemalangan tersebut melibatkan dua kenderaan yang bertembung.

    "Mangsa yang tersepit dikeluarkan orang awam dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. -Sarawakiana.

  • No Comment to " Seorang Maut, Pertembungan Van-Myvi "