Sembilan Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Di Sibu


SIBU: Malang menimpa sembilan sekeluarga apabila kehilangan tempat berteduh setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Hilir disini pagi tadi.

Memetik laporan di laman Facebook RTM Sarawak, dalam kejadian berlaku lebih kurang jam 9.30 pagi tadi, terdapat seorang lelaki kurang upaya(OKU) bersama ibunya sedang berada dalam rumah tersebut.

Menurut jurucakap bomba, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

"Setibanya anggota dilokasi mendapati satu kebakaran melibatkan sebuah rumah yang terbakar 80 peratus dan sebuah motosikal yang diletak di bahagian parkir rumah ranap dalam insiden berkenaan."

Tiada kecederaan dilaporkan dan sehingga berita ini ditulis, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA