Semangat Kebersamaan Membina Kejayaan Negara





Keputusan menubuh Malaysia adalah satu keputusan yang tepat pada 1963 kerana wujud semangat bersama-sama rakyat Malaysia secara keseluruhan. Kerana semangat itulah rakyat mampu menangani ancaman dari dalam dan luar serta berjaya menubuh Malaysia sehingga ke hari ini.

Keutuhan semangat tersebut terus ditingkat sehingga Malaysia berada pada tahap sekarang walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Semangat kebersamaan ini juga mampu mencapai semangat sayangkan negara serta membantu negara untuk terus melagkah lebih jauh kehadapan.

Pada hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan legasi kebersamaan bagi mencatur pembangunan yang seimbang khususnya di Sarawak. Dasar-dasar kerajaan mesti bersifat inklusif oleh itu Najib mengalih pembangunan ke Sarawak termasuk Sabah agar rakyat kedua negeri menikmati faedah daripada hasil pembangunan.

Umum mengetahui untuk menghasilkan pembangunan menyeluruh perlu perancangan yang teliti dan memerlukan masa agar ia lebih terperinci dan teratur. Ia memerlukan kerjasama yang erat di antara Persekutuan dan Sarawak agar pembangunan menyeluruh mampu dicapai dengan jayanya dan Najib komited usaha tersebut.

Detik-detik kebersamaan ini telah memberi Najib tanggungjawab untuk membawa pembangunan Sarawak sepertimana pembangunan Semenanjung Malaysia. Atas detik kebersamaan ini juga Najib tidak akan meminggirkan Sarawak agar Sarawak terus membangun dan mencapai negeri maju pada masa hadapan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA