Selesaikan isu Penempatan Baharu Penduduk


KUCHING : Penduduk yang terlibat dengan projek pembinaan lebuhraya Pan Borneo meminta bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan untuk menyelesaikan masalah penempatan baharu yang belum ada hitam putih statusnya.

Snowdan memberitahu media di pejabat beliau setelah berbincang dengan wakil penduduk berkenaan dan mereka bersedia berpindah jika tapak penempatan baharu sudah diluluskan.

"Buat masa ini Jabatan Tanah dan Survei belum lagi mendapat kelulusan walaupun perkara berkenaan telah diusul ke pihak atasan.

"Saya telah membincangkan isu berkenaan memandangkan pihak kontraktor menghadapi masalah untuk merobohkan rumah penduduk dan ia menyebabkan penduduk dalam dilema," katanya

Sebelum ini Snowdan menyatakan bahawa penduduk yang sudah mendapat pampasan dan tiada masalah untuk berpindah perlu bertindak dengan segera dan berjumpa dengan beliau jika terdapat masalah perpindahan.

"Namun dalam hal sedemikian masih ada penduduk seperti penduduk Kampung Sabal Kruin yang menghadapi masalah walaupun telah menerima pampasan.

"Saya berharap pihak berkaitan melihat isu penduduk dan menyelesai dengan kadar segera kerana penduduk mahukan penempatan yang benar-benar mendapat kelulusan," ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa jika isu berkenaan tidak diselesaikan dengan kadar segera, maka projek lebuhraya Pan Borneo akan menghadapi masalah kelewatan untuk disiapkan.

Tuai Rumah Dingin Bundan mewakili penduduk. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA