Selamat Tinggal DAP


KUCHING: Parti Demokratik Sarawak (DAP) menerima tamparan hebat apabila bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Yap Hoi Liong meletak jawatan.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui mengenai peletakan jawatan Yap kerana ia diatur secara senyap di Sibu.

Yap bagaimanapun memuatkan status beserta gambarnya di Facebook baru-baru ini “Saya menghadiri majlis ini sebagai seorang bebas daripada politik sekarang.”

Setiausaha Agung DAP Sarawak, Alan Ling turut mengesahkan menerima peletakan jawatan Yap yang merupakan Penolong Setiausaha Umum DAP bertarikh 11 September.

Memetik laporan Utusan Borneo, Ling telah berbincang dengan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen berhubung perkara itu.

Yap ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Beliau juga tidak memberi sebarang alas an peletakan jawatan itu kecuali pernah menyatakan hasrat untuk menumpukan perhatian kepada profesion undang-undang.

Yap merupakan graduan Universiti London dalam jurusan undang-undang dan mempunyai firma undang-undang di bawah Yap Hoi Liong & Co Advocates di Sibu.

Yap menyertai DAP tidak kurang daripada 10 tahun lalu.sebelum dipilih ADUN Dudong,

Dipilih ADUN Dudong pada 16 April 2011 apabila menewaskan Datuk Tiong Thai King dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-10.

Tiong mendapat 9,332 undi manakala Yap meraih 9,649 undi manakala calon Bebas Apandi Abdul Rani memperoleh 174 undi.

Pada PRN Ke-11 iaitu 7 Mei lalu, Datuk Tiong Thai King yang kini merupakan calon langsung Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi itu apabila beliau mendapat 9,700 undi.

Yap mendapat 7,554 undi manakala Mary Ting dari STAR memperolehi 152 undi dan dua calon Bebas Dr Benny Lee dan Casper Kayong Umping masing-masing memperolehi 3,288 undi dan 228 undi. –Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA