Sedih, Anak Kucing Kelaparan Menyusu Bangkai Ibu


SEDIH… Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila melihat tiga ekor anak kucing masih berada di samping ibunya yang telah mati, semata-mata untuk menyusu.

Menerusi satu posting di Facebook Dunia Kucing, gambar ini dikongsikan untuk meminta bantuan sesiapa yang mempunyai kucing dan dapat membantu ‘menumpangkan’ tiga ekor anak kucing yang berada di Masai, Johor ini agar terus dapat menyusu.

Ibu kepada anak-anak kucing berkenaan dipercayai sudah beberapa hari mati kerana bangkainya pun sudah kembung.

Namun anak-anak kucing berkenaan mungkin tidak faham yang ibu mereka tidak lagi dapat menyusukan mereka yang kelaparan.

Posting ini telah mendapat perhatian ramai terutamanya pencinta kucing.

Menerusi komen yang ditinggalkan Sabariah Right, tiga ekor anak kucing malang berkenaan kini telah diambil dan dijaga oleh seseorang namun tidak diketahui identitinya.

Semoga insan yang mengambil anak-anak kucing tersebut dapat menjaga dengan baik dan keprihatinan hatinya pasti akan dibalas Tuhan jua. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA