Satu lagi tanda bahawa DAP laparkan kuasa

Tulisan asal oleh :
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 21 September 2016.

Pilihan raya yang awal di Selangor hanya memberi kesan kepada kerusi DUN - yang bermaksud dalam masa kurang daripada 20 bulan kemudian, Selangor akan mengadakan satu lagi pilihan raya yang lain untuk kerusi parlimen - saya pasti pengundi tidak akan menyukai pembaziran dan kesulitan mengundi dua kali dalam tempoh 2 tahun atau mungkin juga dalam tempoh setahun.

Rakyat Kajang akan mengundi sebanyak 4 kali dalam masa 5 tahun - sekali untuk DUN/Parlimen pada PRU ke-13 2013, sekali untuk DUN pada 2014, sekali untuk DUN pada 2016/17 dan sekali untuk parlimen dalam PRU14.

Kawasan mana lagi yang anda boleh mengundi hampir setahun sekali? Kajang boleh.

Saya percaya Kit Siang mahu pilihan raya awal untuk diadakan di Selangor dan Pulau Pinang juga dengan menggunakan persempadanan semula sebagai alasan, yang pada dasarnya adalah apa yang mereka mahukan jikalau Tokong disabitkan dan tidak lagi boleh berkuasa - sementara menunggu rayuan.

Saya berharap MB Azmin akan bersetuju kepada DAP untuk pilihan raya awal di Selangor tetapi dengan syarat bahawa mereka tidak akan membenarkan pilihan raya awal di Pulau Pinang.

Dan PAS telah ditinggalkan sepenuhnya.

Tiada rundingan dengan PAS tetapi rundingan serta-merta dengan Pribumi.

DAP lebih suka sebuah parti berasaskan perkauman dan bukannya parti berasaskan agama dan tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan mereka.

DAP perlu berterus terang dan memberitahu penyokong tradisional mereka sekarang bahawa mereka menyokong hak bumiputera dan parti berasaskan diskriminasi dan bukannya sentiasa menggunakan sebab lama yang sama untuk menghentam BN.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dap-pushes-for-early-elections-in-selangor

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA