Sarawak Waspada Virus Zika


Berikutan kes pertama virus Zika di Semenanjung Malaysia seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semalam, Sarawak mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengendalikan kes tersebut tidak menular ke negeri ini.

Memetik laporan UtusanBorneo, Menteri Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata, Jabatan Kesihatan Negeri telah memulakan pemeriksaan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) khususnya ke atas penumpang atau orang yang datang dari Singapura.

“Cara virus Zika merebak berbeza dengan demam denggi walaupun vektornya sama iaitu nyamuk aedes.

“Demam denggi merebak dari nyamuk kepada manusia, tetapi Zika merebak dari manusia ke manusia dan apabila ia berlaku, amat sukar dibendung.

Selain itu katanya, bagi memastikan langkah pencegahan terbaik dikenalpasti beliau akan mengadakan satu mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri bagi membincangkan isu terbabit dengan lebih terperinci.

Selaku Menteri Muda Kesihatan Awam negeri ini, beliau turut menyuara kebimbangan memandangkan Sarawak kini berdepan masalah demam denggi yang agak tinggi dan usaha untuk membendung virus tersebut mungkin agak sukar.

“Wujud risiko jangkitan virus Zika merebak ke Malaysia amnya dan Sarawak khasnya kerana kita ketika ini berdepan masalah denggi disebarkan oleh nyamuk sama,” jelasnya.

Walaubagaimanapun menurutnya, Sarawak akan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan malah beliau turut menyarankan rakyat Sarawak yang mengunjungi Singapura perlu melakukan pemeriksaan kesihatan di sana sebelum pulang ke tanah air.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalams satu sidang media semalam mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang dipercayai terkena jangkitan virus tersebut apabila mangsa baru sahaja pulang dari Singapura dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta selepas mula mendapat gejala ruam.

Menurut Dr S. Subramamiam, ujian air kencing yang dijalankan ke atas wanita berkenaan, mengesahkan dia dijangkiti virus berkenaan. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA