Samarahan Bike Challenge 2016 Pada 9 Oktober ini

KOTA SAMARAHAN : Sepuluh pasukan lumba basikal yang terdiri daripada pasukan dari dalam dan luar negara akan menyertai Samarahan Bike Challenge 2016  yang akan berlangsung pada 9 Oktober ini.

Pegawai Daerah Samarahan merangkap Pengerusi Pengelola Samarahan Bike Challenge 2016, Mohd Ainnie Wahab berkata, tema pertandingan pada kali ini ialah 'Zero To Hero, Hero To Champion'.

"Ada lima ketogeri yang akan dipertandingakan seperti Keteori Junior, Wanita, Sarawak Close Summer mall, Vetereb 'All Star' dan Elite.

"Penyertaan turut disertai oleh pasukan daripada Kuala Lumpur, Indonesia dan Brunei," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan, hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM10,800 dan bekas pelumba basikal kebangsaan turut menyertai pertandingan tersebut.

"Diselitkan juga persembahan Aidwin Aidan Wing yang akan menunjuk skill stunt dengan menggunakan basikal BMX (AGUN BMX).

"Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyertai pertandingan Aerobathon serta boleh mendaftar di hadapan pentas tempat letak kereta Summer Mall. Pendaftaran akan bermula dari 7.30 sehingga 8.30 pagi," jelasnya.

Mohd Ainnie memberitahu pameran daripada agensi kerajaan turut diadakan dan berharap agar warga Kota Samarahan datang beramai-ramai ke tapak Samarahan Bike Challenge 2016 kali ini.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA