Sabung Ayam "Online" Pertama Di Sarawak Diserbu


KUCHING: Kegiatan sabung ayam dalam talian dikenalpasti yang pertama di Sarawak ekoran serbuan dan penahanan keatas 13 individu di sebuah premis restoran stimbot di Jalan Lapangan Terbang disini petang semalam.

Kesemua individu berkenaan berumur dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun ditahan pihak polis 10 daripadanya merupakan lelaki tempatan dan tiga wanita warganegara China.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata, premis terletak di sebuah pusat komersil itu diserbu anggotanya yang diketuai ASP Ooi Jin Bing pada jam 3.25 petang semalam.

“Serbuan keatas premis berkenaan mendapati beberapa individu dilihat sedang menonton sabung ayam dalam talian menerusi televisyen dan hasil pemeriksaan mendapati sabung ayam itu disiarkan secara langsung dari negara asing,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Turut dirampas, beberapa peralatan perjudian termasuk cip perjudian bernilai RM10 sehingga RM5,000 berserta wang tunai, sebuah televisyen, dua komputer riba, kalkulator dan  juga wang tunai kira-kira RM795

Kesemua barangan yang dirampas dan individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,tambah Dev.-Sarawakiana




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA