Rumah Panjang 33 Pintu Di Bintulu Musnah Dijilat Api


BINTULU: Sebuah rumah panjang melibatkan 33 pintu musnah dalam kebakaran di Rumah Indang Labang disini awal pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku lebih kurang jam 11 malam itu memusnahkan rumah panjang berkenaan sekelip mata hingga menyebabkan kesemua penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

"Anggota kami untuk berdepan cabaran kerana kawasan ini hanya menggunakan laluan sungai dan liputan telefon kurang memuaskan menyukarkan kerja pemadaman dijalankan," katanya.

Difahamkan punca kebakaran bermula dari bahagian dapur salah sebuah unit rumah panjang berkenaan dan tiada mangsa dilaporkan cedera.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA