• Rumah Amal Nur Murni Didik Golongan Asnaf Berdikari

    Published: Tuesday, 6 September 2016
    A- A+
    Sukarelawan Othman Affan
    KUCHING: Melalui Rumah Amal Nur Murni Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Murni, anak-anak golongan asnaf zakat ditempatkan di asrama dan diberi pendidikan formal, didikan agama dan dilatih berdikari untuk mencipta kerjaya.

    Sukarelawan Othman Affan Mohd Rom berkata terdapat 108 anak asnaf zakat di rumah amal Nur Murni di MJC Batu Kawa yang tergolong daripada anak yatim, miskin serta bermasalah diberi penginapan dan di didik bagi menghadapi cabaran kehidupan seterusnya.



    "Selain daripada pendidikan formal, anak ini akan di didik dengan ilmu agama serta menerap sikap berdikari ke dalam diri mereka agar mereka mampu membina kehidupan yang membanggakan suatu hari nanti.

    "Untuk proses berdikari, pertubuhan ini turut menubuhkan Koperasi Nur Murni bagi melatih seperti latihan menyembelih ayam mengikut syariat Islam, berniaga, membuat roti dan sebagainya," katanya ketika ditemubual Sarawakiana.

    Bakeri
    Beliau menjelaskan, konsep pertubuhan ini membina produk perniagaan sendiri seperti kedai makanan dan minuman, Ayam jenama Ikhwan, Bakeri Ikhwan, perniagaan pasar segar, membuat mee kuning, tauhu dan sebagainya.

    "Melalui terbinanya produk ini, anak-anak ini akan dilatih dengan latihan vokasional bagi meningkatkan kemarihan mereka.

    "Dengan ini apabila mereka cukup terlatih mereka yang sampai kepada umur yang boleh bekerja akan bekerja di bawah pertubuhan atau memehuni kehendak pasaran diluar sana," ujarnya.


    Market Segar 
    Menurut beliau lagi, anak-anak ini digalakkan untuk menceburi bidang perniagaan sendiri jika cukup mahir untuk menceburi perniagaan.

    "Dengan wujudnya produk-produk pertubuhan ini akan menghasilkan produk-produk berasaskan Islam dan menyumbang dana bagi membantu anak-anak ini dari masa ke semasa.

    "Oleh itu pertubuhan ini mempunyai dana sendiri untuk membantu anak-anak asnaf zakat serta bantuan daripada luar juga dialu-alukan," ujarnya.

    Kedai Kopi Ikhwan
    Othman berkata perkembangan terbaru pertubuhan ini adalah bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak bagi membimbing dan mendidik golongan remaja yang terlibat dengan dadah dan memberi kesedaran bahaya dadah serta mendekatkan mereka kepada agama dan kebaikan menjalani kehidupan yang sihat.-Sarawakiana



  • No Comment to " Rumah Amal Nur Murni Didik Golongan Asnaf Berdikari "