Robert Kuok Mahu Jual GSC


Bilionair, Tan Sri Robert Kuok dikatakan sedang mencari pembeli bagi rangkaian panggung wayang terbesar di Malaysia, Golden Screen Cinema Sdn. Bhd. dalam satu urusniaga yang bernilai sehingga AS$500 juta, kata sumber yang rapat dengan perkara itu.

PPB Group Bhd, syarikat senaraian awam yang dikuasai taikun tersebut telah menerima bidaan pusingan pertama.

Kata salah seorang sumber, potensi penjualan Golden Screen Cinema yang mempunyai 345 panggung wayang digital dan di Malaysia dan Vietnam telah berkembang ke luar pasaran tempatan mereka.

Menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg, syarikat-syarikat di rantau ini telah mengumumkan AS$16.1 bilion pengambilan alih dalam bidang hiburan sejak tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinema, Koh Mei Lee bagaimanapun tidak memberikan maklum balas kepada panggilan telefon dan emel bagi mendapatkan komen.

Bahagian pengedaran dan tayangan filem PPB Group Bhd. itu menjana RM65.6 juta (AS$16 juta) keuntungan tahun lalu, menjadikannya penyumbang terbesar kepada syarikat selepas operasi beras dan perniagaan pertaniannya. - MG

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA