Respon Cadangan Bajet 2017: PM Kekal Popular & Prihatin


POPULARITI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kekal berada di tahap membanggakan dengan menerima 8,352 cadangan langsung orang awam mengenai Bajet 2017.

Respon ini diterima melalui pelan komunikasi strategik ini melalui bajet2017.najibrazak.com.

Semua cadangan yang diterima adalah respon langsung masyarakat yang memberi cadangan dalam usaha PM mendapatkan rumusan lebih holistik melalui input tambahan bagi merangka Bajet 2017.


Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim, PM mengekalkan momentum inklusif dengan menjadikan agenda dan input Bajet 2017 sebagai agenda awam.

“PM memgubah taboo lama dalam tradisi Bajet yang selama ini sangat rahsia dan eksklusif hanya sekitar pendapat politik, ekonomis, intelektual dan NGO,” katanya.

Menurut Dr. Irmohizam, PM menjadikan Bajet 2017 sebagai bajet idea rakyat. Pendekatan Bajet 2017 secara cadangan langsung melalui online akan membolehkan PM meneliti satu per satu input awam.

“Insyaallah, PM sudah mendapat lebih sumber maklumat, lebih pandangan serta menjadikan PM sangat tahu apa sebenarnya yang rakyat mahukan,” katanya.

Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan semalam berkata, beliau akan meneliti setiap cadangan yang dikemukakan orang ramai berhubung Bajet 2017.

Daripada 8,352 cadangan, lima kategori menerima jumlah cadangan paling banyak.

“Lima kategori iaitu Pekerjaan; Pendidikan; Pengangkutan Awam & Infrastruktur; Percukaian, Perniagaan & Kewangan; serta Perumahan & Kehidupan Bandar menerima paling banyak jumlah cadangan.

“Saya akan membaca dan meneliti setiap satu cadangan ini tidak lama lagi. Terima kasih kepada semua yang menyumbang,” kata Najib menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini.

Menurut Dr. Irmohizam, PM menekankan pada budaya baharu: “Pemimpin mesti utamakan pandangan langsung orang awam. Selain mendengar pandangan di sekitar hubungan politik dan penasihat strategi.”

Lima perkata utama kini sudah dikenal pasti PM, justeru Dr. Irmohizam yakin, akan ada jaminan menarik yang akan diumumkan pada Bajet 2017.

“PM dah dedahkan isyarat utama dalam perhatiannya. Isu pekerjaan, pendidikan, kesihatan, perumahan dan kos sara hidup kini berada dalam akaun utama. Saya yakin akan ada khabar gembira untuk kita semua,” kata Dr. Irmohizam. - MyNewsHubb

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA