Ratu Cantik Jual Dara RM43 Ribu Ke Dubai


PEMENANG tempat kedua pertandingan Ratu Cantik Remaja Moscow 2016, Anna Feschenko yang sebelum ini dilaporkan hilang rupa-rupanya telah berhijrah ke Dubai bagi misi menjual dara miliknya.

Anna, 17, dipercayai menjual diri menerusi perjanjian yang telah dipersetujui dengan sebuah agensi yang menguruskan percutian ala VIPnya di negara rantau Timur Tengah itu.

Dia sebelum ini dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas beberapa hari tidak pulang ke rumah.

Anna dipercayai mahu tinggal di Dubai bagi meneruskan kariernya sebagai teman sosial dan dia kini tinggal di sebuah rumah mewah bersama rakan-rakan sekerjaya dengannya.

Pihak polis Rusia dan Emiriah Arab Bersatu dilaporkan akan menyiasat perkara tersebut memandangkan Anna masih lagi di bawah umur.

Seorang rakannya yang berusia 19 tahun, Yekaterina berkata dia pergi bercuti ke Dubai dengan Anna namun tidak mengetahui langsung agenda gadis jelita tersebut.

Dia hanya diberitahu oleh Anna bahawa percutian mewah itu adalah merupakan hadiah kemenangannya dalam pertandingan ratu cantik yang disertainya.

Hanya selepas dua hari berada di Dubai, baharulah Anna berterus-terang dengannya bahawa dia datang ke sana atas tujuan mahu menjual diri.

Kedua-duanya kemudian bergaduh sehingga kawannya itu mengambil keputusan kembali ke Moscow secara sendirian.

Seorang lagi rakannya yang turut serta dalam percutian itu, Karina mengatakan Anna berbuat demikian untuk mendapatkan wang bagi membiayai yuran pengajiannya di universiti. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA