Ramai Tertarik Daftar Rakan Khidmat Uber


KUCHING: Pekhidmatan pengangkutan popular Uber menarik minat ramai individu untuk menjadi rakan Uber terutama di bandar raya ini.

Ejen di bawah Uber bertanggungjawab merekrut rakan Uber, Calvin Tang berkata ia melihat kepada laman Facebook Uber menunjukkan respons positif.

Tang berkata, sehingga kini beliau mempunyai kira-kira 30 individu menunjukkan minat dalam perkhidmatan, yang dijangka beroperasi di Sarawak dalam masa terdekat.

“Jika dari segi pendaftaran kita belum ada kerana perlu menunggu pengumuman rasmi bagi pendaftaran di Kuching khasnya.

“Namun dari segi minat dalam senarai saya, lebih kurang 30 indvidu menunjukkan minat dan kita percaya ini adalah baik memandangkan ia adalah satu perkara baharu,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Sebelum ini dalam akhbar menyiarkan bahawa kemasukan perkhidmatan pengangkutan popular masa kini iaituUber dijangka beroperasi di negeri ini pada 14 September ini.

Tang berkata, pendaftaran bagi rakan Uber di negeri ini dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat sehingga pengumuman rasmi dibuat dan ejen akan membantu mereka berminat bagi pendaftaran berkenaan.

Beliau berkata bedasarkan penyertaan daripada rakan Uber sebelum ini, perkhidmatan berkenaan mampu meningkatkan pendapatan seseorang.

“Walapun ia masih baharu tapi kita yakin ia mampu meningkatkan pendapatan peserta dimana di seemenanjung, rakan Uber mampu menjana RM5,000 sebulan,” katanya sambil memberitahu standard caj yang dikenakan RM2 setiap kilometer di seluruh negara termasuk Sarawak.

Tang berkata kriteria ditetapkan adalah semua jenis kenderaan dibenar asalkan ia keluaran 2008 dan ke atas selain memiliki lesen memandu.

“Selain itu hanya rakyat Malaysia boleh memohon dan harus berusia 21 tahun ke atas dan ia termasuk pelajar institusi pengajian tinggi asal mempunyai lesen kenderaan serta kenderaan yang ditetapkan (empat pintu serta keluaran 2008 ke atas),” katanya.

Tang mengalu-alukan kepada mereka berminat menjadi rakan Uber dengan melayari laman Facebook Uber Malaysia Registration & Activation, untuk pendaftaran.

Menurut laman Facebook Kuching, sehingga kini Uber boleh didapati di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu dan Ipoh.

Uber adalah satu aplikasi didapati di platform IOS ataupun Android dan konsep Uber adalah seperti teksi di Malaysia.

Uber berfungsi sebagai perantara dengan ‘Rider’ dan ‘Driver,’ iaitu penumpang dengan pemandu untuk pergi ke satu destinasi.

Uber mempunyai peraturan di mana hanya kereta tidak melebihi 10 tahun dari digunakan untuk membawa penumpang. Kereta perlu bersih dan bebas bau untuk keselesaan.

Pemandu Uber tidak mempunyai pilihan untuk menolak destinasi penumpang dan Uber hanya berfungsi di bandar besar di sekitar Malaysia. -  UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA