Rafizi Diperintah Bela Diri

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan memiliki dan mendedahkan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kebenaran.

Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan terhadap Ahli Parlimen Pandan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Mahkamah menetapkan 27 September ini untuk perbicaraan kes itu.

Menurut laporan Harian Metro, pada 8 April lalu, Rafizi didakwa tanpa kebenaran memiliki dan mendedahkan satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang menjadi kesalahan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

Rafizi didakwa melakukan perbuatan tersebut di lobi Parlimen, pada jam 3 petang, 24 Mac lalu.

Berikutan itu beliau didakwa mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA