Pusat Bandar Budapest Kecoh Susulan Kejadian Letupan


HUNGARY: Satu kejadian letupan telah dilaporkan berlaku di kawasan pusat bandar Budapest berhampiran Teresa Boulvard sekitar jam 10.30 malam waktu tempatan.

Walaupun punca letupan itu masih belum disahkan oleh polis, namun media tempatan mendakwa kejadian berkenaan adalah disebabkan oleh kebocoran gas.

Dalam pada itu, pegawai turut mengesahkan bahawa dua mangsa turut tercedera dalam kejadian letupan itu dan mereka telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Menurut sumber rapat kejadian, dua mangsa berkenaan merupakan pegawai polis dan mereka dilaporkan mengalami kecederaan serius ekoran letupan tersebut.

Laporan awal mendapati saksi kejadian memaklumkan bahawa letupan itu dipercayai berlaku di sebuah kedai yang terletak di tingkat bawah.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik menunjukkan orang awam sedang menerima rawatan oleh pasukan kecemasan namun kejadian itu dilaporkan tidak merosakkan struktur bangunan di kawasan sekitar.

Orang ramai menyifatkan kejadian itu sebagai amat menakutkan selepas mereka terpaksa dipindahkan dari sebuah restoran memandangkan pasukan kecemasan sedang menjalankan tugas di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, Ilona Vanouplines memaklumkan bahawa dia mendengar letupan kuat tersebut di pusat bandar Budapest.

“Saya mendengar letupan itu dan banyak kenderaan polis melintasi kawasan Erzs├ębet krt,” tulisnya.- Daily Star

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA