PUSAKA Sedia 20 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban



KOTA SAMARAHAN : Perbadanan Kemajuan Perusahan Kayu Sarawak (PUSAKA) menyediakan sebanyak 20 ekor lembu untuk ibadah korban tahun ini.

Timbalan pengurus besarnya, Hashim Bojet berkata, program ibadah korban turut dijalankan di Tanjung Manis.

Malah menurutnya, tahun ini merupakan kali ke-12 PUSAKA menjalankan program ibadah korban.

"Di Samarahan sebanyak 14 buah kampung sekitar Samarahan dipilih untuk pengagihan daging korban selain empat buah badan bukan kerajaan (NGO) manakala empat buah kampung di sekitar Tanjung Manis," katanya. -Sarawakiana.






No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA