• PUSAKA Agih Daging Korban Kepada 370 Penerima

    Published: Tuesday, 13 September 2016
    A- A+


    KOTA SAMARAHAN : Perbadanan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) mengagihkan daging korban kepada 370 penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan sekitar Samarahan.

    Aktiviti kali ke-12 itu berlangsung di Kompleks Industri Perabot Pusaka Kota Samarahan (KIPPKS) dan dihadiri 120 kakitangan PUSAKA dan anak syarikat.

    Secara keseluruhan, sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan pada majlis kali ini.

    Majlis dihadiri Timbalan Pengurus Besar PUSAKA, Hashim Bojet dan Pengerusi Surau PUSAKA ,Abang Luqman Al-Hakim Abang Wahid. -Sarawakiana.





  • No Comment to " PUSAKA Agih Daging Korban Kepada 370 Penerima "