PRU14 : Penampilan Muka Baru Wanita PBB ?



Pilihanraya negeri ke sebelas yang lalu jelas membuktikan kecemerlangan wanita menjadi pendorong kemenangan besar Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyapu bersih kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Wanita PBB semakin matang menjalankan gerakan kempen secara strategik dan lebih teratur. Mereka mempunyai strategi yang cukup mantap disamping seringkali mengadakan latihan.

Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Wanita PBB Tan Sri Empiang Jabu bahawa Wanita bukan setakat pendokong malah mampu memikul tanggungjawab lebih meluas dalam arena politik.

Ketika ini PBB mempunyai empat Ahli Parlimen dikalangan wanita iaitu Dato' Sri Rohani Karim, Datuk Nancy Shukri, Norah Tun Abdul Rahman dan Rubiah Wang. Peranan mereka sebagai ahli Parlimen telah membuktikan wanita mampu membawa suara Sarawak ke Parlimen.

Adakah memadai hanya empat orang wanita PBB membawa suara Sarawak ? Mungkinkah PRU nanti lebih ramai calon wanita diketengahkan dan muka-muka baru perlu diberi perhatian..

Hakikatnya pucuk kepimpinan PBB lebih bijak menilai kewibawaan wanita bagi memberi kemenangan besar sekali lagi kepada PBB sekaligus berkemungkinan PRU kali ini wanita mendapat penambahan kerusi pada PRU nanti.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA