PRU14: DAP hadapi tugas sukar di Sarikei


SARIKEI : Parti Tindakan Demokratik (DAP) dijangka akan menghadapi tugas sukar untuk bertahan di Parlimen Sarikei pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14),  ini kerana keyakinan serta kerja keras yang ditunjukkan Barisan Nasional untuk merampas kembali kerusi tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hing berkata, SUPP akan bekerja keras bagi memastikan Sarikei akan dikembalikan kepada BN.

"Apa yang penting adalah kerjasama ahli parti menggerakkan jentera mengembeling tenaga untuk memastikan BN menang.

"Setiap ahli parti harus mengingati bahawa bersatu padu adalah jalan terbaik untuk membawa kejayaan seterusnya," katanya kepada Sarawakiana melalui aplikasi Whatsapp semalam.

Ding yang sebelum ini bekas Ahli Parlimen Sarikei juga memberitahu bahawa faktor calon turut mempengaruhi kemenangan dan calon tersebut haruslah sesuai serta mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Beliau turut memberitahu, Pemuda SUPP sudah turun padang menemui rakyat bagi mendengar masalah penduduk.

"Kegigihan Setiausaha Politk Ketua Menteri Ung Woo Teng dan Konselor Wong Zee Yeng yang bertindak menemui rakyat sedikit sebanyak bakal memberi impak besar untuk kemenangan BN pada PRU akan datang," katanya. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA