PRU-14 Mac 2017 Andaian Saja


PUTRAJAYA: Pendaftaran pemilih masih boleh dibuat selepas tarikh 30 September ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun.

Justeru, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, maklumat yang viral dalam media sosial kononnya esok tarikh tutup pendaftaran mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 jika diadakan pada Mac 2017 adalah andaian pihak tertentu semata-mata dan ia tidak benar.

"Tarikh 30 September adalah tarikh akhir bagi pendaftaran yang akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2016.

"Selepas tarikh itu, bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini, mana-mana orang mendaftar dalam tempoh itu akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan bagi suku keempat 2016," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jangkaan PRU14 akan diadakan pada Mac 2017 itu adalah andaian pihak tertentu sahaja.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA