PRU 14, Adakah DAP Akan Tergugat ?



Rencah-rencah politik Malaysia semakin menarik serta menjadi drama yang plot ceritanya sentiasa bertukar skrip. Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP sebagai tonggak utama menjadi kurang bertenaga untuk menguasai kedudukan tertinggi memandangkan kemelut rasuah menyelubungi DAP.

PRIBUMI semakin melonjak penguasaan politik dalam kawasan pembangkang apabila Tun Mahathir menunjuk belang sebenar bahawa PRIBUMI mampu menguasai pentas pembangkang. Kebijaksanaan Tun Mahathir "mengheret" Anwar Ibrahim untuk saling menyokong akan menjadi masalah besar buat DAP.

Malaysia Malaysian bawaan DAP akan terkubur kerana umum mengetahui Tun Mahathir anti Malaysia Malaysian yang tegar dan sanggup meruntuhkan cogankata tersebut. Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan menyokong perancangan Tun Mahathir demi kelangsungan PKR apabila Azmin Ali sudah dianggap duri dalam daging parti tersebut.

Wan Azizah sudah tidak mampu mengawal Azmin Ali dan Anwar Ibrahim mungkin mengharapkan Tun Mahathir untuk menguatkan lagi PKR seiring dengan pergerakan PRIBUMI. Pertemuan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim satu cabaran besar buat DAP.

Ini adalah ancaman besar untuk DAP terus menjadi 'TAIKO BESAR' dalam Pakatan Harapan. DAP mungkin akan dibiarkan bersendirian menjelang PRU 14 nanti. DAP akan terus tergugat apabila Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sudah menunjukkan gabungan untuk bersama melancarkan agenda menjatuhkan Perdana Menteri. Apakah PRU 14 menyaksikan DAP akan tergugat atau sebaliknya?.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA