Projek PPA1M Muara Tuang Melibatkan 340 Unit Rumah


PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini menandatangani perjanjian pembangunan projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Muara Tuang Land District di Kuching, Sarawak dengan pemaju Blessed Builders Sdn Bhd.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, Jabatan Perdana Menteri hari ini, majlis menandatangi projek melibatkan 340 unit rumah itu disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di sini.

Projek PPA1M, Muara Tuang itu terdiri daripada 246 unit rumah bandar tiga tingkat berkeluasan 1,138 kaki persegi yang dijual pada harga bermula dari RM259,908, bergantung kepada aras dan jenis lot rumah.

Turut dibina, 94 unit rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,360 kaki persegi yang dijual pada harga bermula dari RM299,045.

Menurut kenyataan itu, permohonan bagi projek PPA1M Muara Tuang masih dibuka di laman web www.ppa1m.gov.my. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA