Projek Impian Sarawak Hanya Retorik



Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang lalu, Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak memilih tidak bersetuju kerajaan Sarawak memohon peruntukkan tambahan RM500 Juta dari kerajaan pusat untuk pembangunan luar bandar.

Malah kesemua ADUN DAP tidak bersetuju. Nak bangunkan luar bandar pun DAP tidak bersetuju. Jadi apa agenda DAP berkenaan Impian Sarawak ?

Kronologi Impian Sarawak yang diketahui ialah projek menyalur air ke sebuah rumah panjang yang hampir dengan bandar Kuching. Di fahamkan sumber air tersebut ditarik dari sebatang sungai kemudian disalur oleh sebatang paip.

Ia hanya setakat itu sahaja dan tiada penyambung paip dari rumah ke rumah. Bahkan, ia hanya dilaksanakan kepada penyokong DAP sahaja dan tidak menyeluruh.

Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN Sarawak, projek bekalan air seperti 'safe water genie' lebih tersusun dan teliti perancangannya. Air ditarik dari dalam bumi dan ditapis dengan bersih oleh tempat pengumpulan air dan disalur terus ke setiap pintu rumah panjang tanpa mengira fahaman politik.

Di Pakan pula DAP menyatakan bahawa impian Sarawak adalah untuk faedah seluruh rakyat tetapi sebaliknya berlaku apabila jalanraya yang dibina melalui program tersebut hanya untuk kepentingan penyokong DAP sahaja.

Berbeza pula dengan projek kerajaan untuk rakyat luar bandar seperti Pakan yang dilaksanakan jalanraya untuk kepentingan 31000 penduduk tanpa terhad kepada penyokong sebuah parti politik sahaja.

Maka pengajarannya DAP hanya mementingkan penyokongnya dan tidak menyeluruh untuk rakyat sedangkan apa yang kerajaan bina selama ini tidak memilih sesiapa sahaja.

Terdapat perbezaan yang ketara projek kerajaan dan Impian Sarawak DAP kerana kerajaan lebih menyeluruh mendapat faedah berbanding Impian Sarawak hanya untuk penyokong DAP sahaja.

Jadi mana asasnya Impian Sarawak projek kepentingan rakyat ? Memang tiada dan 'It's Nonsence'. Cakap-cakap membelah langit tetapi tidak mampu menurunkan hujan dan ianya sekadar retorik semata-mata.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA