Program Little Pilgrim Dedah Kanak-Kanak Dengan Ibadah Haji



KUCHING : Musim cuti sekolah merupakan tempoh masa yang menyeronokkan bagi pelajar sekolah.

Lebih menyeronokkan lagi apabila musim cuti sekolah diisi dengan aktiviti bermanfaat.

Program Little Pilgrim: Bestnya Haji Dan Umrah Junior Seisi 2/2016 adalah salah satu aktiviti bermanfaat yang memberi pengalaman kepada kanak-kanak tentang ibadah haji.

Pengarah Program Saliza Sadeni berkata, ini adalah program yang kedua dijalankan dan mendapat sambutan menggalakkan.

"Tahun lepas kita mempunyai 40 peserta tetapi tahun ini hampir tiga ratus peserta.

"Sambutan daripada ibubapa begitu memberangsangkan setelah program ini dihebahkan kepada umum," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, yuran pendaftaran RM15 dikenakan untuk menampung makan minum dan keperlukan lain semasa program berlangsung.


Bagi Izmuslim Mas Abu Suffian, 7 tahun, perasaan seronok tidak dapat digambarkan 
dalam mengikuti program berkenaan, kerana dapat mempelajari ilmu-ilmu tentang menunaikan haji sekaligus menanam impian untuk menjejak kaki ke Tanah Suci.

Program tersebut berlangsung di Dewan Suarah Kuching. -Sarawakiana.


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA