PRIBUMI Jadikan Affendi 'Orang Tengah' Untuk Masuk Sarawak


KUCHING: Selepas cuba meluaskan pengaruh dengan mengadakan jelajah di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat cuba untuk masuk ke negeri Sarawak.

PPBM menggunakan Affendi Jeman sebagai ‘orang tengah’ sebagai usaha untuk menyebarkan pengaruh ke Sarawak biarpun menyedari rakyat negeri ini tidak begitu berminat dengan parti baharu terutama dari Semenanjung Malaysia.

Usaha parti tersebut untuk masuk Sarawak amat jelas dilihat apabila Affendi membuat pengakuan menerusi kenyataan akhbar yang mengesahkan penyertaannya dalam PPBM.

Menurut Affendi, selepas gagal mendaftarkan Parti Agenda Rakyat Bumiputera Sarawak (ARBS) mendorong beliau menyertai parti yang ditunjangi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu beliau berkata, penyertaan itu dibuat disebabkan PPBM sinonim dengan pendekatan perjuangan ARBS yang menegakkan kebenaran selain mahu melihat berakhirnya era pemerintahan yang tidak menguntungkan rakyat.

“Jika PPBM telus dalam misi mereka, maka parti ini harus bertapak di Sarawak.

“Kami rakyat Sarawak mahu secara terus terlibat dalam politik nasional bukan hanya menjadi penonton dari Laut China Selatan,” katanya

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) menyarakan agar semula ahli, penyokong dan rakyat negeri ini yang belum berparti khususnya generasi muda untuk menyertai PPBM.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA